Tangan pemandi jenazah Nempel dikemaluan Jenazah

Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang sangat buruk akhlaknya.
Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur).
Sewaktu tiba pada hari kematiannya, ketika dia dimandikan oleh seorang wanita yang memang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada kemaluan mayat wanita itu.
Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga
semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita tersebut.

Terdapat 2 pilihan untuk menyelesaikan masalah itu.
Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat tersebut
dan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekaligus.

Akhirnya, mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.
Imam Malik bukan sembarang orang yang memberi fatwa.
Pernah ada satu ketika, Imam Malik mendapat 40 pertanyaan, tetapi yang dijawabnya hanyalah 5. Ini menunujukkan akan berhati-hatinya dan betapa sensitifnya beliau dalam isu agama.
Imam Malik bertanya kepada wanita si pemandi mayat itu bahwa adakah dia berkata apa-apa kepada si mati sewaktu memandikannya.

Wanita pemandi mayat itu berkata bahwa dia ada mengatakan kepada si mati sewaktu membersihkan tubuhnya:

"Berapa kalikah tubuh ini telah melakukan zina"

Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut, sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi.
Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali cambuk kerana tidak mendatangkan saksi."

Setelah wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman 80 cambuk maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.
Wallahu A'lam.

Komentar

Posting Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kajian ABAJADUN

KHASIAT AYAT LIMA

Abajadun rumus kalah menang